Saturday, January 18, 2014

Catatan Untuk Sibambam Enam Bulan



Jika sehari tidak menulis terasa seperti ade yang tidak sempurna pada harinya..mungkin sudah menjadi habit kan. So godeklah jugak komputer buruk nie dengan memaksa buat kerja berat sikit ngan photo editing program dan sebagainya..hhihih..tinggal 2GB jer lagi space, bayangkan..huhuh






Ok..catatan untuk anak dara kecik nie...






catatan untuk sibambam enam bulan 1






Alhamdulillah 3.1.14 yang lepas sudah cukup 6 bulan.. sudah boleh bergolek-golek dengan aktifnya..kalau tak letak bantal keliling  memang boleh terjatuh tilam budak nie jawabnya.. skrang macam seperti hendak belajar merangkak atau duduk tengok gayanya..Siabang bila datang dekat adik memang adik sangatlah suka..dia plak asyik membuli dan main2 jer..kadang siadik seperti nak tunggang terbalik cuba merangkak nak pergi dekat abang..huhuh..bila adik baring dekat dia, boleh dia cakap.."I make her not to look like cow now"..sbb posisi merangkak kan mcm cow sikit kan..huhuhu






catatan untuk sibambam enam bulan 2






Diusia 6 bulan sidak bambam nie tak seperti abangnya dulu yang playful lagi friendly..tak takut ngan stranger..dak bambam nie cuma nak ngan kami bertiga sahaja..kalau orang lain yang tak dikenali cuba mengagahnya senyum pun tidak silap2 haribulan nangis kat situ..huhuh...kalau nak amek dokong memang jauh panggang dari api kalau dapat...yang bestnya kalau dengan kami bertiga dia memang murah ngan senyuman..pantang nampak...






Solid food plak..walaupun dah mula bagi 2 weeks before 6 months..namun tidak berapa rancak nampaknya kearah memakan nie..kadang nak habeskan 1 sudu besar pun susah..so teepaksalah bersabar dahulu slowly walaupun terpaksa membazirkan makanan yang tak dihabeskan..






Alhamdullillah dari segi tidur plak sejak masuk 6 bulan ni bertambah baik. Walaupun malam masih lagi bangun beberapa kali untuk menyusu, namun siangnya tidur agak panjang..dalam 3 kali sehari ade yang sampai 3 jam lamanya..bolehlah buat kerja umah aman sikit alhamdulillah.


No comments:

Post a Comment